Tuesday 20 November 2012

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua para pembaca sekalian.

Hai semua.Apa khabar hari ini?pembaca semua sihat?ok..Kalau semua sihat.syukur ke hadrat ilahi atas kurniaan dari yang Esa.

       hey korang.. selama tiga hari ini,siti dan kawan-kawan kolej telah menghadiri sebuah kursus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.ha..mesti korang tak tahukan.Kursus itu namanya,1CITIZEN.

Korang tahu tak apa itu 1 CITIZEN?


Mari sini siti bagitahu,1 CITIZEN itu adalah memanggil semua pengguna komputer menggunakan komputer dan internet dengan lebih etika dan berhati-hati dalam setiap keadaan.Supaya pengguna tidak tertipu dengan penipuan yang sedang menular dalam arus massa ini.


Ok...
Apa itu E-Keselamatan?

Mari sini siti nak bagitahu semua apa itu E-keselamatan di dalam sebuah rangkaian internet.
Didalam hal ehwal semasa sekarang,kita sering didengarkan masalah orang-orang yang tidak bertanggungjawab menceroboh siber.Segelintir  masyarakat terlupa tentang hal yang di anggap biasa seperti Kad pengenalan sangat mudah untuk memberi kepada orang yang kita tidak kenal.

Kita seharusnya berhati-hati semasa memaparkan butir-butir peribadi seperti kad kredit,kad pengenalan,nombor telefon,nama penuh dan sebagainya.


Mari kita lihat berapa banyak yang di tipu oleh penjenayah siber ini.Bermacam-macam janji manis,penjenayah siber ini cuba untuk menggaburi mata dan penglihatan kita.Bermacam-macam andaian penjenayah siber cuba untuk mendapatkan menipu kita semata-mata untuk mendapat maklumat peribadi.so,korang hati-hatilah dengan penjenayah siber ini.Dia boleh mensihirkan kita.

Ini antara contoh-contoh gambar  untuk mengelakkan terjadinya penipuan.Salah satu faktor ini harus di ambil kira:

                 Sila pastikan Laman web yang anda buka ada simbol Kunci di URL
                                        Salah satu cara untuk selamat dari di tipu

                                                Salah satu penipuan di internet

                                      http://portal.paseban.com/article/3360/penipuan-online
                                     http://paapaada.blogspot.com/2010_11_01_archive.html


Oleh hal itu,Kita harus selalu berhati-hati apabila memberitahu maklumat kepada orang yang kita tidak kenali.

seterusnya,Didalam bab E-kesihatan pula,kita harus menjaga faktor-faktor kesihatan semasa menggunakan komputer.Salah satu faktornya pula adalah,kita harus mengambil kira dalam penjagaan komputer.selain komputer,Diri kita sendiri juga di ambil berat.

Siti nak tanya?korang pernah tak letak komputer riba korang kat atas riba?
ahhaaa...korang mesti tersenyum sipu-sipukan...Haa,kalau korang tak tahu.. Bahaya ok letak atas riba,kemungkinan korang akan mengalami masalah kesuburan dalam diri korang.So,korang hati-hati ye.:D


haa..korang tengok gambar ini.Cara duduk di hadapan komputer dengan betul.
               http://samadjfr.blogspot.com/2011/06/kesan-radiasi-komputer.html
Pertama mata mesti jauh jarak antara komputer dalam jangkaan 15m
Kedua,Badan mesti tegak ke hadapan.
ketiga,Tangan mesti berada seperti di dalam gambar tersebut.
Keempat,selesakan kaki.Letakkan bantal di bawah kaki.



Korang nak tahu tak risiko-risiko apabila berjam-jam di hadapan komputer.
Sini siti bagitahu kesannya:

~Akan mengeluarkan simptom-simptom seperti sakit,rasa terbakar,bengkak,sesemut,rasa kebas,hilang ketangkasan dan rasa lemah.
ha,penyakit seperti ini tiada ubat ok.Apabila sudah terkena,Terpaksa redha sahajalah.

~Akan menimbulkan sakit belakang apabila duduk dalam masa tempoh yang lama.Ia juga boleh menjadi teruk jika tidak di cegah.

~Mata juga memainkan peranan penting.Apabila terlalu lama berhadapan dengan komputer.Mata akan mengalami keletihan.


Gambar dibawah salah satu faktor tidak cukup tidur kerana komputer.
                  http://yusranyusup.blogspot.com/2011_10_01_archive.html


Pada era globalisasi sekarang,zaman terus canggih.Dulu susah mendapatkan internet tetapi zaman global sekarang.Dah mudah untuk searchkan internet.Tak perlu menggunakan kabel panjang lebar.Hanya menggunakan wireless sahaja.Kini di kawasan kampung juga sudah dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar.so,masyarakat zaman sekarang tidak lagi ketinggalan menggunakan komputer.

Apa itu E-akses?

e-akses menyentuh tentang memahami keistimewaan menggunakan maklumat elektronik serta hak terhadap akses yang saksama,selamat dan boleh dipercayai.

ha..tengok gambar dibawah ini,begitu modennya kita pada zaman sekarang.:D





                           hanya menggunakan telefon PDF untuk membuka internet


Menggunakan Komputer Riba untuk membuka internet

Akhir kesimpulan,Semoga selepas ini kita lebih berhati-hati dalam menggunakan pembelian atas talian.tidak lupa juga,dapat mengguna komputer anda dengan cara yang baik.selain itu,memastikan laman internet yang ingin berurusan itu mesti ada lambang kunci atau Https://. Semoga menjadi pengguna yang beretika.:)