Thursday 27 October 2011





KENANGAN terindah menjulang Piala Malaysia dua tahun lalu masih terbayang diingatan bekas kapten Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya.
Kemenangan 3-1 ke atas Kelantan pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil telah menamatkan penantian selama 61 tahun bagi menjulang piala berprestij tersebut.
Kini Rezal tidak lagi membarisi skuad Hoben Jang Hoben yang akan membuat perhitungan dengan Terengganu pada final Pial Malaysia di Stadium Shah Alam malam esok.
Begitupun, Zambery percaya Negeri Sembilan yang dibimbing Azraai Khor Abdullah mampu mengulangi skrip yang sama sebagaimana yang dilakukan pada 2009.
Zambery berkata, dengan membuat penampilan kali ketiga di pentas final Piala Malaysia, dia yakin bekas rakan-rakan sepasukannya lebih bersedia untuk menggagalkan serangan Terengganu yang diketuai Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat.
"Walaupun ramai yang beranggapan Terengganu pasukan pilihan, saya yakin Negeri Sembilan mampu untuk melakukan yang terbaik.
"Saya juga percaya semua pemain Negeri Sembilan sudah bersedia bagi menghadapi aksi final dan tidak akan memberi ruang serta peluang kepada pasukan lawan untuk muncul juara," kata Rezal ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Begitupun, Rezal menasihatkan skuad Hoben Jang Hoben agar tidak ter- tekan dalam misi untuk kembali menjulang Piala Malaysia musim ini.
"Dalam aksi final, hanya ada satu misi iaitu untuk mencapai kemenangan. Malah, Negeri Sembilan jelas memiliki kelebihan dari segi faktor pengalaman dan tidak perlu tertekan untuk menghadapi perlawanan ini.
"Pemain perlu mempunyai keyakinan yang tinggi ketika mendapat bola, jangan gentar dengan asakan lawan.
"Pemain perlu mengekalkan momentum, kawal emosi, jangan buat silap dan dengar arahan jurulatih.
"Dalam masa sama, jangan rasa rendah diri sebab saya melihat kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang untuk ditabalkan selaku juara," katanya yang kini bersama Johor FC.

 Nota kaki:Harapan Skuad hobin jang hobin dapat membawa pulang piala malaysia kembali buat kali ke 3 ini...Kami Penyokong hobin jang hobin mengharapkan kememnangan N buatlah yang terbaik supaya kita sama2 dpt menjulang kembali piala malaysia itu..Amin......

No comments:

Post a Comment