Thursday 27 October 2011





KENANGAN terindah menjulang Piala Malaysia dua tahun lalu masih terbayang diingatan bekas kapten Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya.
Kemenangan 3-1 ke atas Kelantan pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil telah menamatkan penantian selama 61 tahun bagi menjulang piala berprestij tersebut.
Kini Rezal tidak lagi membarisi skuad Hoben Jang Hoben yang akan membuat perhitungan dengan Terengganu pada final Pial Malaysia di Stadium Shah Alam malam esok.
Begitupun, Zambery percaya Negeri Sembilan yang dibimbing Azraai Khor Abdullah mampu mengulangi skrip yang sama sebagaimana yang dilakukan pada 2009.
Zambery berkata, dengan membuat penampilan kali ketiga di pentas final Piala Malaysia, dia yakin bekas rakan-rakan sepasukannya lebih bersedia untuk menggagalkan serangan Terengganu yang diketuai Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat.
"Walaupun ramai yang beranggapan Terengganu pasukan pilihan, saya yakin Negeri Sembilan mampu untuk melakukan yang terbaik.
"Saya juga percaya semua pemain Negeri Sembilan sudah bersedia bagi menghadapi aksi final dan tidak akan memberi ruang serta peluang kepada pasukan lawan untuk muncul juara," kata Rezal ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Begitupun, Rezal menasihatkan skuad Hoben Jang Hoben agar tidak ter- tekan dalam misi untuk kembali menjulang Piala Malaysia musim ini.
"Dalam aksi final, hanya ada satu misi iaitu untuk mencapai kemenangan. Malah, Negeri Sembilan jelas memiliki kelebihan dari segi faktor pengalaman dan tidak perlu tertekan untuk menghadapi perlawanan ini.
"Pemain perlu mempunyai keyakinan yang tinggi ketika mendapat bola, jangan gentar dengan asakan lawan.
"Pemain perlu mengekalkan momentum, kawal emosi, jangan buat silap dan dengar arahan jurulatih.
"Dalam masa sama, jangan rasa rendah diri sebab saya melihat kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang untuk ditabalkan selaku juara," katanya yang kini bersama Johor FC.

 Nota kaki:Harapan Skuad hobin jang hobin dapat membawa pulang piala malaysia kembali buat kali ke 3 ini...Kami Penyokong hobin jang hobin mengharapkan kememnangan N buatlah yang terbaik supaya kita sama2 dpt menjulang kembali piala malaysia itu..Amin......

Wednesday 26 October 2011


ALhamdulillah..3hari je aghi Skuad hobin jang hobin untuk bersedia menentang terengganu sabtu nih...Aq berharap Hobin jang hobin dapat merebutkan balik final piala malaysia kembali...Apa2 un..GuD luck hobin jang hobin...Hope kowrang wt yg terbaik..Jangan malukan Nogori kito yo....




SEMANGAT BERPASUKAN. Barisan pemain Negeri Sembilan bersama-sama mengusung tiang gol sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.


PRIHATIN dengan nasib para penyokong Negeri Sembilan yang terbeban dengan harga tiket final Piala Malaysia yang mahal, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mengambil keputusan untuk menjual tiket tersebut dengan harga RM30.
Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat tergempar di Seremban malam tadi.
Ia bagi membincangkan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menetapkan harga tiket final Piala Malaysia sebanyak RM50 bagi semua tempat duduk termasuk grandstand.
Harga tiket bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pula dijual pada harga RM5 seorang bagi kesemua tempat duduk.
Mohamad berkata, keputusan untuk menurunkan harga tiket itu diambil oleh PBNS selepas banyak pihak terutama penyokong setia kedua-dua pasukan merungut dengan harga tiket tersebut.
"Keputusan ini adalah hadiah yang dapat PBNS berikan kepada penyokong yang selama ini setia memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan Negeri Sembilan.
"Apatah lagi, mereka (penyokong) turun beramairamai memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka sepanjang tiga tahun Negeri Sembilan beraksi di pentas final," katanya di Seremban semalam.
Terdahulu, FAM telah memperuntukkan sebanyak 30,000 tiket kepada PBNS untuk dijual kepada peminat dan penyokong skuad Hoben Jang Hoben.
Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, peminat yang sudah membeli tiket pada hari pertama kelmarin dan semalam dengan harga RM50 boleh menuntut baki lagi RM20 di Wisma PBNS dan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hari ini.
"Pihak PBNS dan stadium akan memulangkan baki wang tersebut menerusi nombor siri yang tertera pada tiket masing-masing.
"Mereka yang telah membeli hanya perlu menunjukkan tiket kepada petugas di setiap lokasi jualan di negeri ini," ujarnya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa penurunan harga tiket itu tidak termasuk baki tiket yang dijual di Stadium Shah Alam.
Kosmo! semalam melaporkan sebilangan besar penyokong Negeri Sembilan tiada mempunyai pilihan, malah terpaksa akur dengan keputusan FAM membeli harga tiket pada harga yang agak mahal demi menyaksikan aksi final Piala Malaysia Sabtu ini.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memaklumkan hanya 65,000 keping tiket sahaja yang dicetak untuk final kali ini.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 30,000 tiket akan diagihkan sama rata kepada kedua-dua pasukan untuk dijual di lokasi masing-masing, manakala baki 5,000 tiket lagi akan dijual di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.


  

Monday 17 October 2011

Nak tahu tip kuruskan Badan..??


Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

gambar tips kuruskan badan

Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.




Selamat Mencuba!


p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?

p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan pada ruangan ini. Untuk penerangan yang lebih baik, anda boleh dapatkan panduan kurangkan 5 kg dalam masa 5 minggu di sini yea.

Friday 2 September 2011

Apakah Itu Sahabat Posesif????????

Hye kawan-kawan yg jauh di mata tetapi dekat di di hati...
Aku ada tip lah nak kongsikan ngn kowrang semua ....
aku dapat tip nih dari buku yang aku beli..
buku nih aku beli tahun lepas n aq simpan baik2 sampai sekarang....
Tajuk buku nih SAHABAT..
mari kita baca sama2 supaya mendapat panduan bersama...
jom....jom...jom...
Ramai di antara kita mendapat perselisihan antara kawan kan...??
kowrang nak tahu tak...??

Apakah itu posesif?
 ~>posesif nih merupakan wujudnya keinginan yg kuat untk memiliki,menguasai atau mendominasi sesuatu.Dalam konteks persahabatan nih pula ia bermaksud wujudnya keinginan untk memiliki sahabat yg "khas" untk kamu.Bagi kamu,sahabat itu tidak boleh bersahabat atau berkawan dgn owng lain.Tentunya menyusahkan jika kamu terjebak dalam permasalahan ini.

Apa penyebabnya posesif??
jom kita bongkarkan .....

Trauma: 
Pengalama yg menyakitkan yg pernah di alami oleh sahabat seperti ditinggalkan seseorang yg sangat di sayanginya sebelum ini mungkin bleh dijadikan sbb mengapa dia sukar untk mempercayai orang lain.Lantaran itu,jika ada orang baru yang hadir dlm hidupnya sudah tentu akan timbul perasaan lebih takut untk menerima kehilangan individu itu pada masa-masa akan datang.

Mentaliti:
Individu   yg memiliki sifat posesig ini kebiasaannya memiliki emosi yg xmenentu.Malah dia sering berfikiran bahawa dirinya itu bakal ditinggalkan sahabat.

Pengalaman pertama:
Mungkin individu yg baru pertama kali memiliki sahabat dlm hidupnya akan sentiasa takut untk kehilangan sahabatnya itu.Pengalaman pertama itu menjadikan dia seorang yg berhati-hati dan sentiasa berusaha untk tidak kehilangan sahabatnya itu.

Sahabat yang posesif kebiasaannya akan melakukan perkara2 berikut:

~Ingin tahu
~Kuat cemburu 
~Mudah merajuk atau tersinggung
~Merasa ditinggalkan
~Sayang keterlaluan

Positif sahabat ku posesif
Apakah yg harus kamu lakukan jika kamu memiliki sahabat yg memilikisifat demikian?

~Tegur sahaja
~Niat Baik
~Larikan Diri


Jika kamu posesif??


~Mengaku
~Ubah pemikiranmu
~Percaya pada sahabat
~Lupakan trauma


Sahabat itu seharusnya:


~Jujur antara satu sama lain.Kalau tidak suka,katakan sahaja tidak suka dan jika bagos,jangan ragu-ragu untuk memuji.

~Saling berhubungan.Sesibuk manapun kamu,Kamu dan sahabat perlu saling bertanyakan khabar antara satu sama lain.Jangan sesekali merasakan kesuntukan masa untuk meluangkan sedikit masa bersama sahabat.Jadikan pertemuan seminggu sekali sebagai runtin dalam perhubunagn kamu dengan sahabat.

~Saling mengenali individu-individu terdekat masing-masing.Jalinkan hubungan erat dengan individu terdekat sahabat kamu itu dan begitu juga sebaliknya.

~Berbangga dan menyokong dengan setiap kejayaan sahabat sendiri.Tidak kiralah sama ada kejayaan itu dari segi karier mahupun perhubungan.

~Jangan menyimpan perasaan Sakit hati sesama sahabat.Sebaliknya sematkan perasaan jadilah individu yg memahami dan pemaaf.

~Selalu luangkan masa untuk menjadi pendengar yg baik kepada sahabat.Meskipun kamu sendiri tidak berkemampuan untuk membantu sahabt menyelesaikan masalahnya itu,namun sudah memadai sekiranya kamu menjadi pendengar setia.

~Bijak membaca situasi.Luangkan masa untuk menyendiri.Dalam persahabatan tidak semestinya semua hal masing-masing perlu ketahui.kamu dan sahabat masih memiliki ZON "PRIVASY".


~Boleh dipercayai.jangan sampai membocorkan RAHSIA SAHABAT kepada ORANG LAIN.


                           












.hari pertama berpuasa..sewaktu tuh aku baru sekolah rendah lagi lah...kan time dulu,puasa dalam cuti sekolahkan..??tengahari tuh dahlah panas..bukak kipas sampai tahap 5 un xterasa...time tuh pulak omak saya xda at rumah...saya mula2 terjumpa goreng ayam..saya sorok2 lah bawak masuk dalam bilik air..saya senyap2 lah makan dalam bilik air tuh..nak elakkan dari orang tahu..saya jirus2 lah air kan..pasttuh..saya curik minum air sejuk dalam peti ais..saya minumlah...sekali time petang nk buka uh terkantoi..adalah sapa2 tnya.."asal air nih dah luak eh"saya selamba lah cakap..botol tuh bocor sebab tuh air eh kurang...tuh jer pengalaman saya masa sekolah rendah dulu..hehehe..

Keinginan Dibulan puasa kelmarin

Kenapa hari ini aku rindu sangat kat kawan aku....
Kenapa hari nih aq terasa macam ada yg kurang....
Kenapa hari nih aku terasa nak tepon Fatin puas-puas..
Kenapa Hari nih aku rasa gembira tersangt-sangat..
Kenapa hari nih aku tergelak sorang-sorang..
Kenapa hari nih aku happy sangat...
Kenapa hari nih aku nyanyi sorang2....
Kenapa arinih aku rindu sangat kat khalaf..
Keenapa hari nih aku test semua baju2 raya aq..
Kenapa xboleh tunggu raya nanti baru boleh pakai..
selalu sebelum raya..aku xpernah test dulu..aku tunggu raya..baru pakai..
Aku rasa hati aq lega sangat-sangat...
Aku rasa rindu sangat nak jumpa N lepak ngn Fatin satu hari un xpew.....

Menjelang Pagi Raya

           Sorrylah kengkawan....aku baru hari nih dapat update blog sebab aq busy..maklumlah rayakan...orang datang rumah aku ni xkira masa...orang tengah terberak un dia nak datang,orang tengah Menyuap un beri ,salam..adoi..kacau mission betullah.tapi apa2 pun...aq nak citer ngn kowrang nih....
            Pejam celik-Pejam celik dah habis kita berpuasa sebulan dalam tahun 2011 nih kan...Kowrang xrasa sekejap je ke puasa nih...rasa xmacam kita masa kecik dulu-dulu..mcm dulu..nak berbuka un terasa macam 3hari dah xmakan..padahal time tuh baru pukul 1 petang..Azan yg berkumandang disangkakan azan maghrib tetapi rupa2nya baru azan zuhor...Adoi,keseronokan berpuasa masa kecik dulu xkan dapat ku lupakan sampai bila-bila..
              Menjelang je 1 syawal,bergemalah takbir raya...Takbir raya berkumandang di seluruh negara xkiralah yang mendengar itu muslim atau non muslim...Semuanya berkongsi kegembiraan bersama.Hari raya aq tahun nih xlah semeriah macam tahun lepas tapi bolehlah..Lagipun tahun nih jumlah kunjungan tetamu ke rumah aku xramai sangatlah just boleh tahan..xdalah sesibuk tahun sebelumnya dek melayan kerenah tetamu tak habis-habis..
              Ha..bila raya puasa menjelang,pasti ramai family berebut-rebut nak wat Open House...Tapi aq tahun nih xdalah wat special sangat macm tahun lepas just buka pintu,buka tingkap dah cukup..pastuh makan jelah apa yg disediakan at atas meja tuh..Aku just pergi rumah orang wat Open House jelah...Dapat makan free N dapat gaklah menambahkan boreh at rumah uh sobab xberusik2...xgty pak mail oi......
              kengkawan,aq minta maaf sangat2 sebab aq xda gambar raya nak kongsi bersama ngn kowrang semua tapi aq janji.nnti kalau aku dah ada gambarnya..aq akan masuk dalam blog nih ea..Nanti kowrang boleh tengok..Aku nak tunjukkan kat kowrang semua gambar aku bersama kengkawan aku..kawan-kawan...kawan nak tahu tak,kawan aku kan comel..kitorang kawan start tahun nih..Aku un mula2 xsangka jugak camner aq leh kawan ngn dia..Mak aq un tertanya2 camner aq kawan ngn dia...AHAHAHAHAHAAHA...xdapek aq nak jawab camner nyer....Tapi apa2 pun,aq berjanji pada diri aku.Aku akan cuba supaya tidak perselisahan faham dan aku ingin sangat Akrab seperti Sahabat.....
                 K lah kawan...aku nak chow dulu yer...hurmm.....nanti kita sambung lagi k..
nanti aku update gambar raya aq ea...nanti kowrang tengoklah k...K semua....
                                 
                                                      ....... ASSALAMULAIKUM...... 

Wednesday 24 August 2011

Majlis Berbuka Puasa 24/8/2011 bersamaan 24 Ramadhan

        Hari nih aku berbuka puasa dengan Aremat comat,Family kak ila...Fuh...best gilerlah....
Tempat lokasi yg kitorang nampak adalah Kentucky fried Chicken,KFC lah....Xkan  kowrangg xthu kot..aduhai..kowrang..kowrang.....kowrang nak tahu tak...??aq xsabar nak jumpa anak buah aku sebenarnya....Anak Buah aq comel.....Aku nak jumpa dia..aq nak dukung dia...Tadikan..Aku jumpa iffad...adik iffad uh comel sangat..dia anak akak ila...cute sangat muka dia..putih melepak...Bila dia besar nanti tentu dia hensemkan...kalau hensem..aq nak jodohkan adik iffad nih ngn  Anak Buah Fatin Qasih  lah..Dia comel..Baik lak tuh..Aku tengok dia pegang peha ayam tadikan..Rasa nak cubit2  jer muka diakan..iyelahkan..dah terlalu geram sangat..
      Lagipun bukan Iffad aku citer tetapi ............
Tadikan lepas aku berbuka .....Aku pergilah Billion...Punyalah banyak kereta malam2 nih....
Semuanya tujuan diowang nak beli baju raya..shopping sakan lah namanya tuh....Aku nak segera pulang takut waktu isyak nak habis...Aku segeralah masuk dalam shopping complex uh..sesampai nya aq di tingkat atas...kat bahagian baju kanak-kanak tuh..punyalah ramai yang memilih pakaian...tetapi bukan emak bapaknya yang shopping...tetapi Anaknya yang shoping..yang peliknya tuh...anak eh tak kisah sangat baju tetapi yang beria2 eh mak bapak eh..aq un xpahamlah...Anak nak raya ke mak bapak eh yg beria2...hye...ialahkan nak raya lah katakan....
     Sambil memerhati gelagat orang membeli at dalam shopping complex tuh...Aq mula mencari baju budak kecik..Opppppp!!!!Bukan baju anak aku ea tetapi anak buah jer...
Aku nak belikan baju tok dia tapi puas aq mencari baju mana yang serasi dengan dia..Akhirnya aku jumpa jugak Baju nya...Cantikk...


Sarah........nih Auntie   ada beli baju nih...
Suka tak sayang...
suka lah......sayang sarah.....

Sunday 14 August 2011

GIVEAWAY by Atiqah Norazli

HADIAH-HADIAH

making-sweetness tempat pertama : topup RM50
making-sweetness tempat kedua : topup RM30
making-sweetness tempat ketiga : topup RM10
making-sweetness saguhati utk 2 org shj : topup RM5

Monday 1 August 2011

Ramadhan Bulan Berkat

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHAFAL LIRIK LAGU INI...

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...
#
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

Sunday 31 July 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Kisah DiBulan Ramadhan

Aku ada cerita nak di kongsikan dengan semua pengunjung blog ini...
ceritanya mcamnih....
Semasa aku kecil,kira-kira dalam 12tahun lah...
Time tuh kan sekolah cuti...
Dahlah tengahari tuh cuaca panas terik...
sampai kipas yang dipasang uh sudah mencapai tahap limit..
masa tuh pulak omak ayah aq xda at rumah..
aku berkata lah dalam hati ..
"line clear"....
aku turun senyap-senyap pergi ke dapur...
masa tuh aku duduk rumah uwan aku dulu...
aku senyap2lah...
aku jumpa ayam goreng....
pastuh aku pandang kiri..aku pandang kanan...
aku ambik dan sorok...
pastuh aku bawak masuk dalam bilik air....
aku makanlah senyap2..nak elak dari orang tahu..aku jiruskan air supaya orang ingat aku tengah mandi...
selepas selesai uh..aq sorok2 gi bukak peti ais..
ada pulak air buah-buahan  dalam peti ais..
aku apa lagi minumlah senyap2..
pas minum uh lega....
bila petang tuh..
ayah aku tanya...
"mana poi eh air nih..dah tinggal sotongah...."camtuhlah ayat eh,,eden un xingat...
aq selamba lah cakap...
barangkali botol bocor agak eh..tuh yg tinggal setengah tuh...
tapi lepas tuh ada jugak aku curi2 tapi tak ketahuan..hahaha
biasalah tuh.hurm..tapi bila dah dewasa nih xda lah sampai niat nak curi lagi da..
dosa woooo.....!
hahah...

Saturday 30 July 2011

Ramadhan Kembali Lagi

Terasa bagaikan baru semalam kita menyambut 1syawal....
Besok pagi sudah 1 ramadhan kembali..
tidak terasa masa itu lama..
rasa seperti masa itu pantas sekali...
Kenapa lah makin bulan,makin tahun ...bumi berputar begitu cepat sekali..
tidak terasa bahang yang lama..
mungkinlah diri aq semakin dewasa..???mungkinkah hari kiamat semakin dekat??
hye..ntahlah..aku pun tak tahulah...
hanya tuhan sahaja yang tahu...
tetapi apa2 pun..
aku insan yang lemah dan berada disisi Allah ,inyallah...
ingin mengucapkan kepada semua warga yang melawat blog ini..




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2011...

Wednesday 27 July 2011

Jangan Engkau Berpaling lagi kepada aku...






Lagu ini memberi nostalgia kepada hidup aku...lagu ni lah menyebabkan aku perfikiran lebih dewasa lagi...Aq nak citer gak lah ngn u all semua..aku pun pernah jugak suka pada seseorang nih..Aq beri layanan yang baik ngn dia tetapi sayangnya..aku cuma bertepuk sebelah tangan sahaja....aq un xthu la sapa jodoh ak nnti...ahh..common siti...bwu 18....masa hidup ko masih panjang lagi....aq tak nak kahwin usia muda sangat...xbest....aq nak enjoy2 dulu ngn kawan2..ha..satu aku nak citer jugak....aq nih mang xpandai nak cari kawan sebab masa kat sek datuk mansor dulu..aq xda kawan pun..aq just sorang2 jew..lw ada un...aq bukan suka gy kantin....lw gy kantin mesti keluar duit..aq bukannya xda duit tapi aq malas nak keluarkan sebenarnya..aq lebih suka kawan yang serasi ngn aq..aq paling tak suka kalau orang uw mcm xpedulikan aku...aq tahu aq nih pendiam..xpandai nak bercakap tapi aq tengah cuba untuk ke arah itu..kalau xda sokongan yang padu..susahlah aq nak lakukan..masalahnya baru sekarang aq nak belajar untuk bergaul..time kecik aku xpernah bercakap un kat khalayak ramai..malu bercampur segan..tapi now aq ngah cuba..first aq cuba nih..bila berada at tengah khalayak ramai..muka aq jadi pucat lesu...aq tak tahu kenapa?aq nak try ubah tapi nthlah.....pk lah guys..dah maghrib nih...len kali aq sambunk lagi ea citer aq nih.....bye smua....love u alll....


Perlawanan Harimau malaya Menentang Singapura

vs
28 haribulan julai 2011 tiba lah saat dan waktu yang ditunggu2 oleh semua warga malaysia yang menyokong harimau malaya..Hati masing2 gelisah menanti perlawanan itu..dengan ni,marilah kita sama2 mendoakan agar harimau malaya menang dalam perlawanan ini..doakanlah untuk negara kita..pasukan negara kita iaitu malaysia..
      Hidup malaysia!!!!!!!!!


Thursday 14 July 2011

Kerohanian Dan Kegembiraan

Assalamualaikum kepada semua penghuni2 blog beserta dengan yang melawati blog ini....dan juga selamat sejahtera kepada bukan islam..Aku bukan apa,aku nih hormat kepada semua generasi2 kat dunia ini...topik aku hari ini adalah tersiri daripada yang anda lihat ini..Anda semua tahu apa bendanya gambar kat atas ni??anda semua tahu kan??sebab saya tahulah..hari2 anda mengadap benda ni xkira malam,siang,pagi,petang,subuh n sebagainya lah..Tapi buat pengetahuan semua..Benda ni jugak boleh membuat anda leka dan membazir masa dengan begitu sahaja..apa kata dengan masa itu kita cuba buat riadah..kan best..??/hehehehe....


        
Aku tak tahulah apa aku nak buat dengan gambar nih....tetapi sekali pandang macam serupa..tetapi 88 kali pandang macam ok...tetapi itulah yang payah aku nak cakap tuh..Aku sebenarnya curi2 je nih..shuuutt..Jangan gthu tuan eh tw..hahaahahaahahahhahahhahahah......
                                               
Gambar ini....semasa aku pergi kelantan beberapa bulan yang lepas..aku bergambar ini bukannya di tepi laut australia tetapi hanya membelakangkan tasik sahaja...

Ini adalah aku...maaflah sebab aku kurang ketinggian..tetapi teringin jugak nak tinggi..hmmm..xda tip kew nak bantu aku nih yer???sampai kiamat pun masih terfikir2....
 

wah...menungkan sapa tuh????Jauh sangat termenung nya...

Tuesday 28 June 2011

Pertama kali aku di gelar budak tingkatan6........
walaupun mata pelajaran nya susah untuk aku hadapi tetapi ok jew.......
selain itu,pertama kali aku bersekolah di sekolah menegah datuk mansor....
wahhh!!!!!!!!!bangganya aku dapat jadi warga smkdm...
lagipun memang sudah lama aku nanti kan..baru tahun nih dapat...
form6...................form6..........................form6........................

Monday 27 June 2011

ZIVILIA ~ AKU CINTA KAMU ( AISHITERU ) ( OFFICIAL VIDEO )



ASHITERU............!!!!!!!!
Lagu nih adalah lagu favaourite aq..aku suka lagu nih...
memberi makna di dalam diri ku....

Tuesday 7 June 2011

UNIC - HANYA TUHAN YANG TAHU



HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU APA AQ NAK BUAT...HURMM...

MASA AKU BUNTU...XDA SAPA2 NAK LAYAN AKU CHAT...;(

Skunk ni bg2 sibuk dgn kempen itula...kempen inila......tetapi rakyat malaysia tetap jugak amalkan gaya yg xsihat tu..walaupun dh berulang kali di suarakan..hurmm...xpaham betulla aku ngn semua orang nih..cuba la buat kempen menderma darah kew..kan bgos...di samping kita beramal..boleh jugak kita berbakti kepada masyarakat..
sekarang nih darah amat di perlukan oleh manusia..aq nih pun darah dah takat rendah nih..patutlah aq lemah jer dalam sehari dua nih..hurmmm...kalau xnak derma darah un..derma la jugak toppup ke at aq nih..aq un dah buntu sangat nih..mna la nk cari duit tuk isi kredit nih..aduyai...tolongla wat kerja amal untuk aq sikit..xkan aq kene keluar tv,baru kowrang nak derma...bagila...hurmmm...xperla..aq tahu kowrang semua kedekut an..hurm..xpela...it ok..im understand...
lagu ini adalah lagu kegemaran ku...lagu nih dinyanyikan oleh awie rafael yang berjudul..pulanglah.. 

Teman Sejati



aku ada sorang member...pada mulanya aq xtahu la mcmmna aq boleh kenal dia..tapi entahlah...yang aq pelik tuh..setiap kali aq ajak dia lepak..mestilah ada alasan nya..aq un xthu ar knapa...mybe..dia xsuka kot ngn perangai aq..???hurm..yelah..aq nih bkn pandai un..kan3...walau apa2 pun...aq harap sangat kepada tuhan..bahawa dyer boleh menjadikan aq sebagai teman seperjuangan sampai bila2..Aku juga berharap dia boleh membantu aq atas apa yang aq sedang hadapi..Dialah tempat aq mengadu masalah...dan semenjak aq kenal dia..hidup aq rasa lengkap sangat dengan ada seorang teman...mybe dia boleh membantu aq untuk cari teman hidup ku...????inyallah......dan aq sentiasa terbuka mendengar segala ceritanya..inyallah..aq akan sentiasa membantunya walau apa jua masalah yg dia hadapi...selagi nafas ku ada..inyallah....Dialah kawan yang aq cari selama ini..aq juga sentiasa mendoakan kesejahteraan untuknya....namanya adalah FATIN...
THANK FATIN...KERANA KO BOLEH MENGEMBIRAKAN AQ..WALAU UN SATU SAAT KO PERNAH BUAT AQ RASA TERKILAN..TAPI APA2 PON..THANK BNYK2 BEB...

Thursday 21 April 2011

Hari Dalam Kenangan

Tanggal 15 haribulan  4.....aku telah pergi ke forest height senawang untuk mengambil hadiah dekat radio malaysia negeri fm dan econsave semasa kuiz bulan 3 hari itu...Mula-mula aku cuak jugak semasa shah dan lela panggil aku untuk naik ke atas pentas tuh..almaklumlah tak pernah naik atas pentas..segan poit..rasa macam nak lari jer..tapi nak buat macamna kan ,itu kenangan yang tidak dapat aku lupakan..bergambar dengan diorang dekat atas pentas tuh..seronoknya...Ramai jugak yang ambil gambar  masa tuh..aku rasa gembira sangat..lepas minum petang kat situ..aku berbual dengan dj2 yang ada dekat situ..Lepas itu  aku bergambar dengan  diorang..seronok tersagat-sangat..selepas dah puas berjumpa dengan mereka,aku dan abang ku dan abang sepupu gerak pergi solat asar dahulu..selepas solat asar,Kami gerak  pergi makan kat hang lipo cafe..Tempatnya memang bestlah..macam vip...selepas kenyang..kami pula pergi makan nasi ayam penyek dan limau apple kasturi dekat jalan senawang..selepas tuh jam sudah menunjukkan  7malam,Kami pergi solat maghrib...selesai solat..terus pulang ke rumah...Hari ini adalah hari yang ceria buat ku......terus ceriiiaaaaaaaa....!!!!

Monday 4 April 2011

hye..nama saya siti...maaflah sebab saya nih memang suka ambik gambar2 nih..apatah lagi ambik time kenduri kahwin...rasa macam aku pulak pengantin eh..hehhehe....umur saya 18...maaflah kalau anda nampak saya tak macam 18 ..mungkin belum cukup matang lagi..tapi inyallah tengah dalam proses..saya nih jugak masih single lagi tw....tapi saya kalau nak berkawan tuh..nak lah jugak pilih orang yang baik...solat cukup...itu yang penting...umurnya mestilah hampir dengan saya...k lah,,siti ada hal sikit...siti nak gi siram pokok lada dulu kat belakang rumah...sesiapa nak beli lada kat siti..di persilakanlah...Assalamualaikum... 


Sunday 3 April 2011

anugerah bintang popular 2010-2011 johan vs usop wilcha



Aku ingin sangat mempunyai handphone nih......tapi bilalah aku nak dapatkannya.....aduhai....payahnya..                                        

kisah pokok dengan langit

 suatu hari pokok

Wednesday 30 March 2011

Kenangan di pulau pangkor

tahun lepas,aku bersama keluarga melancong ke pulau pangkor..pulau yang dulu telah di serang oleh penjajah.aku seronok melihat meriam buluh yang berada di atas bukit itu,meriam itulah satu2nya peninggalan zaman portugis dulu.aku dapat bayangkan macamna keadaan semasa dulu.sungguh tragis.. 
selepas itu aku pergi pula di pantainya bermain air laut di persisiran pantai..pasirnya putih..lebih seronok berbanding laut di port dickson,negeri sembilan.
aku tiba di pulau ini waktu pagi dan aku pulang pada waktu petang dengan membawa ole2..setelah balik dari pulau pangkor...dapatlah aku bagi ole2 kepada cikgu kelas kesayangan aku tu..alhamdulillah...

kereta Idamanku


ini adalah kereta idamanku .rasa2nya dapat tak aku membelinya yer??aku nak sangat drives kereta ini tetapi kalau tidak cukup duit nak beli.drives kereta orang pun jadilah.yang penting permintaan hati ku terlaksana ...amin...