Friday 2 September 2011

Apakah Itu Sahabat Posesif????????

Hye kawan-kawan yg jauh di mata tetapi dekat di di hati...
Aku ada tip lah nak kongsikan ngn kowrang semua ....
aku dapat tip nih dari buku yang aku beli..
buku nih aku beli tahun lepas n aq simpan baik2 sampai sekarang....
Tajuk buku nih SAHABAT..
mari kita baca sama2 supaya mendapat panduan bersama...
jom....jom...jom...
Ramai di antara kita mendapat perselisihan antara kawan kan...??
kowrang nak tahu tak...??

Apakah itu posesif?
 ~>posesif nih merupakan wujudnya keinginan yg kuat untk memiliki,menguasai atau mendominasi sesuatu.Dalam konteks persahabatan nih pula ia bermaksud wujudnya keinginan untk memiliki sahabat yg "khas" untk kamu.Bagi kamu,sahabat itu tidak boleh bersahabat atau berkawan dgn owng lain.Tentunya menyusahkan jika kamu terjebak dalam permasalahan ini.

Apa penyebabnya posesif??
jom kita bongkarkan .....

Trauma: 
Pengalama yg menyakitkan yg pernah di alami oleh sahabat seperti ditinggalkan seseorang yg sangat di sayanginya sebelum ini mungkin bleh dijadikan sbb mengapa dia sukar untk mempercayai orang lain.Lantaran itu,jika ada orang baru yang hadir dlm hidupnya sudah tentu akan timbul perasaan lebih takut untk menerima kehilangan individu itu pada masa-masa akan datang.

Mentaliti:
Individu   yg memiliki sifat posesig ini kebiasaannya memiliki emosi yg xmenentu.Malah dia sering berfikiran bahawa dirinya itu bakal ditinggalkan sahabat.

Pengalaman pertama:
Mungkin individu yg baru pertama kali memiliki sahabat dlm hidupnya akan sentiasa takut untk kehilangan sahabatnya itu.Pengalaman pertama itu menjadikan dia seorang yg berhati-hati dan sentiasa berusaha untk tidak kehilangan sahabatnya itu.

Sahabat yang posesif kebiasaannya akan melakukan perkara2 berikut:

~Ingin tahu
~Kuat cemburu 
~Mudah merajuk atau tersinggung
~Merasa ditinggalkan
~Sayang keterlaluan

Positif sahabat ku posesif
Apakah yg harus kamu lakukan jika kamu memiliki sahabat yg memilikisifat demikian?

~Tegur sahaja
~Niat Baik
~Larikan Diri


Jika kamu posesif??


~Mengaku
~Ubah pemikiranmu
~Percaya pada sahabat
~Lupakan trauma


Sahabat itu seharusnya:


~Jujur antara satu sama lain.Kalau tidak suka,katakan sahaja tidak suka dan jika bagos,jangan ragu-ragu untuk memuji.

~Saling berhubungan.Sesibuk manapun kamu,Kamu dan sahabat perlu saling bertanyakan khabar antara satu sama lain.Jangan sesekali merasakan kesuntukan masa untuk meluangkan sedikit masa bersama sahabat.Jadikan pertemuan seminggu sekali sebagai runtin dalam perhubunagn kamu dengan sahabat.

~Saling mengenali individu-individu terdekat masing-masing.Jalinkan hubungan erat dengan individu terdekat sahabat kamu itu dan begitu juga sebaliknya.

~Berbangga dan menyokong dengan setiap kejayaan sahabat sendiri.Tidak kiralah sama ada kejayaan itu dari segi karier mahupun perhubungan.

~Jangan menyimpan perasaan Sakit hati sesama sahabat.Sebaliknya sematkan perasaan jadilah individu yg memahami dan pemaaf.

~Selalu luangkan masa untuk menjadi pendengar yg baik kepada sahabat.Meskipun kamu sendiri tidak berkemampuan untuk membantu sahabt menyelesaikan masalahnya itu,namun sudah memadai sekiranya kamu menjadi pendengar setia.

~Bijak membaca situasi.Luangkan masa untuk menyendiri.Dalam persahabatan tidak semestinya semua hal masing-masing perlu ketahui.kamu dan sahabat masih memiliki ZON "PRIVASY".


~Boleh dipercayai.jangan sampai membocorkan RAHSIA SAHABAT kepada ORANG LAIN.


                           












No comments:

Post a Comment