Monday, 17 October 2011

Nak tahu tip kuruskan Badan..??


Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

gambar tips kuruskan badan

Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.




Selamat Mencuba!


p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?

p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan pada ruangan ini. Untuk penerangan yang lebih baik, anda boleh dapatkan panduan kurangkan 5 kg dalam masa 5 minggu di sini yea.

Friday, 2 September 2011

Apakah Itu Sahabat Posesif????????

Hye kawan-kawan yg jauh di mata tetapi dekat di di hati...
Aku ada tip lah nak kongsikan ngn kowrang semua ....
aku dapat tip nih dari buku yang aku beli..
buku nih aku beli tahun lepas n aq simpan baik2 sampai sekarang....
Tajuk buku nih SAHABAT..
mari kita baca sama2 supaya mendapat panduan bersama...
jom....jom...jom...
Ramai di antara kita mendapat perselisihan antara kawan kan...??
kowrang nak tahu tak...??

Apakah itu posesif?
 ~>posesif nih merupakan wujudnya keinginan yg kuat untk memiliki,menguasai atau mendominasi sesuatu.Dalam konteks persahabatan nih pula ia bermaksud wujudnya keinginan untk memiliki sahabat yg "khas" untk kamu.Bagi kamu,sahabat itu tidak boleh bersahabat atau berkawan dgn owng lain.Tentunya menyusahkan jika kamu terjebak dalam permasalahan ini.

Apa penyebabnya posesif??
jom kita bongkarkan .....

Trauma: 
Pengalama yg menyakitkan yg pernah di alami oleh sahabat seperti ditinggalkan seseorang yg sangat di sayanginya sebelum ini mungkin bleh dijadikan sbb mengapa dia sukar untk mempercayai orang lain.Lantaran itu,jika ada orang baru yang hadir dlm hidupnya sudah tentu akan timbul perasaan lebih takut untk menerima kehilangan individu itu pada masa-masa akan datang.

Mentaliti:
Individu   yg memiliki sifat posesig ini kebiasaannya memiliki emosi yg xmenentu.Malah dia sering berfikiran bahawa dirinya itu bakal ditinggalkan sahabat.

Pengalaman pertama:
Mungkin individu yg baru pertama kali memiliki sahabat dlm hidupnya akan sentiasa takut untk kehilangan sahabatnya itu.Pengalaman pertama itu menjadikan dia seorang yg berhati-hati dan sentiasa berusaha untk tidak kehilangan sahabatnya itu.

Sahabat yang posesif kebiasaannya akan melakukan perkara2 berikut:

~Ingin tahu
~Kuat cemburu 
~Mudah merajuk atau tersinggung
~Merasa ditinggalkan
~Sayang keterlaluan

Positif sahabat ku posesif
Apakah yg harus kamu lakukan jika kamu memiliki sahabat yg memilikisifat demikian?

~Tegur sahaja
~Niat Baik
~Larikan Diri


Jika kamu posesif??


~Mengaku
~Ubah pemikiranmu
~Percaya pada sahabat
~Lupakan trauma


Sahabat itu seharusnya:


~Jujur antara satu sama lain.Kalau tidak suka,katakan sahaja tidak suka dan jika bagos,jangan ragu-ragu untuk memuji.

~Saling berhubungan.Sesibuk manapun kamu,Kamu dan sahabat perlu saling bertanyakan khabar antara satu sama lain.Jangan sesekali merasakan kesuntukan masa untuk meluangkan sedikit masa bersama sahabat.Jadikan pertemuan seminggu sekali sebagai runtin dalam perhubunagn kamu dengan sahabat.

~Saling mengenali individu-individu terdekat masing-masing.Jalinkan hubungan erat dengan individu terdekat sahabat kamu itu dan begitu juga sebaliknya.

~Berbangga dan menyokong dengan setiap kejayaan sahabat sendiri.Tidak kiralah sama ada kejayaan itu dari segi karier mahupun perhubungan.

~Jangan menyimpan perasaan Sakit hati sesama sahabat.Sebaliknya sematkan perasaan jadilah individu yg memahami dan pemaaf.

~Selalu luangkan masa untuk menjadi pendengar yg baik kepada sahabat.Meskipun kamu sendiri tidak berkemampuan untuk membantu sahabt menyelesaikan masalahnya itu,namun sudah memadai sekiranya kamu menjadi pendengar setia.

~Bijak membaca situasi.Luangkan masa untuk menyendiri.Dalam persahabatan tidak semestinya semua hal masing-masing perlu ketahui.kamu dan sahabat masih memiliki ZON "PRIVASY".


~Boleh dipercayai.jangan sampai membocorkan RAHSIA SAHABAT kepada ORANG LAIN.


                           












.hari pertama berpuasa..sewaktu tuh aku baru sekolah rendah lagi lah...kan time dulu,puasa dalam cuti sekolahkan..??tengahari tuh dahlah panas..bukak kipas sampai tahap 5 un xterasa...time tuh pulak omak saya xda at rumah...saya mula2 terjumpa goreng ayam..saya sorok2 lah bawak masuk dalam bilik air..saya senyap2 lah makan dalam bilik air tuh..nak elakkan dari orang tahu..saya jirus2 lah air kan..pasttuh..saya curik minum air sejuk dalam peti ais..saya minumlah...sekali time petang nk buka uh terkantoi..adalah sapa2 tnya.."asal air nih dah luak eh"saya selamba lah cakap..botol tuh bocor sebab tuh air eh kurang...tuh jer pengalaman saya masa sekolah rendah dulu..hehehe..

Keinginan Dibulan puasa kelmarin

Kenapa hari ini aku rindu sangat kat kawan aku....
Kenapa hari nih aq terasa macam ada yg kurang....
Kenapa hari nih aku terasa nak tepon Fatin puas-puas..
Kenapa Hari nih aku rasa gembira tersangt-sangat..
Kenapa hari nih aku tergelak sorang-sorang..
Kenapa hari nih aku happy sangat...
Kenapa hari nih aku nyanyi sorang2....
Kenapa arinih aku rindu sangat kat khalaf..
Keenapa hari nih aku test semua baju2 raya aq..
Kenapa xboleh tunggu raya nanti baru boleh pakai..
selalu sebelum raya..aku xpernah test dulu..aku tunggu raya..baru pakai..
Aku rasa hati aq lega sangat-sangat...
Aku rasa rindu sangat nak jumpa N lepak ngn Fatin satu hari un xpew.....

Menjelang Pagi Raya

           Sorrylah kengkawan....aku baru hari nih dapat update blog sebab aq busy..maklumlah rayakan...orang datang rumah aku ni xkira masa...orang tengah terberak un dia nak datang,orang tengah Menyuap un beri ,salam..adoi..kacau mission betullah.tapi apa2 pun...aq nak citer ngn kowrang nih....
            Pejam celik-Pejam celik dah habis kita berpuasa sebulan dalam tahun 2011 nih kan...Kowrang xrasa sekejap je ke puasa nih...rasa xmacam kita masa kecik dulu-dulu..mcm dulu..nak berbuka un terasa macam 3hari dah xmakan..padahal time tuh baru pukul 1 petang..Azan yg berkumandang disangkakan azan maghrib tetapi rupa2nya baru azan zuhor...Adoi,keseronokan berpuasa masa kecik dulu xkan dapat ku lupakan sampai bila-bila..
              Menjelang je 1 syawal,bergemalah takbir raya...Takbir raya berkumandang di seluruh negara xkiralah yang mendengar itu muslim atau non muslim...Semuanya berkongsi kegembiraan bersama.Hari raya aq tahun nih xlah semeriah macam tahun lepas tapi bolehlah..Lagipun tahun nih jumlah kunjungan tetamu ke rumah aku xramai sangatlah just boleh tahan..xdalah sesibuk tahun sebelumnya dek melayan kerenah tetamu tak habis-habis..
              Ha..bila raya puasa menjelang,pasti ramai family berebut-rebut nak wat Open House...Tapi aq tahun nih xdalah wat special sangat macm tahun lepas just buka pintu,buka tingkap dah cukup..pastuh makan jelah apa yg disediakan at atas meja tuh..Aku just pergi rumah orang wat Open House jelah...Dapat makan free N dapat gaklah menambahkan boreh at rumah uh sobab xberusik2...xgty pak mail oi......
              kengkawan,aq minta maaf sangat2 sebab aq xda gambar raya nak kongsi bersama ngn kowrang semua tapi aq janji.nnti kalau aku dah ada gambarnya..aq akan masuk dalam blog nih ea..Nanti kowrang boleh tengok..Aku nak tunjukkan kat kowrang semua gambar aku bersama kengkawan aku..kawan-kawan...kawan nak tahu tak,kawan aku kan comel..kitorang kawan start tahun nih..Aku un mula2 xsangka jugak camner aq leh kawan ngn dia..Mak aq un tertanya2 camner aq kawan ngn dia...AHAHAHAHAHAAHA...xdapek aq nak jawab camner nyer....Tapi apa2 pun,aq berjanji pada diri aku.Aku akan cuba supaya tidak perselisahan faham dan aku ingin sangat Akrab seperti Sahabat.....
                 K lah kawan...aku nak chow dulu yer...hurmm.....nanti kita sambung lagi k..
nanti aku update gambar raya aq ea...nanti kowrang tengoklah k...K semua....
                                 
                                                      ....... ASSALAMULAIKUM......